Monday 24 February 2014

novel Salina (A. Samad Said)


 Hari nie.., dapat hidayah dalam menambahkan lagi ilmu dalam diri aku.. gara-gara ceramah seseorang yang aku boleh angkat ibu jari arr..,, tapi tak nak nunjuk-nunjuk sangat.. nanti "dia" tahu. Abis kelas aku and the gang pergi 'lab' (perpustakaan), cari punya cari.. aku terjumpalah satu novel nie, iaitu novel Salina. Tetiba aku terfikir, ramai yang pernah aku kenal.. pernah memberitahu tentang novel nie.. jadi aku ambil keputusan pinjam buku ini.
      Petang memang aku free, jadi aku ambik masa tue.. baca novel Salina nie.. baca punya baca best jugak novel nie.. sebab banyak sangat aspek yang kita boleh golongkan untuk novel Salina nie.. Apa yang aku faham tentang novel nie.. dia berlatarkan tentang zaman peperangan dan selepas perang, tentang penduduk kampung Kambing, feminisme dan banyak laaa.. tapi yang paling besar, penonjolan tentang penindasan kaum wanita.. g tue arr..
      Penggunaan bahasa takdelah puitis.. biasa-biasa jela.. senang untuk difahami.. Memang bagus arr.., penggunaan pelbagai aspek.., dimasukkan sekali.. Sekarang ini,, aku cuba dapatkan idea untuk aku menghasilkan cerpen aku sendiri..
     Yang boleh aku terkesan tentang satu part, di mana seorang gadis sanggup duduk satu rumah dengan seorang laki gara-gara laki ni sama muka dengan lelaki yang dia pernah sayang.. tanpa ikatan perkahwinan pun.. ada ke perempuan macam ni?? tetiba aku terfikir.., mungkin YA atau mungkin TIDAK.. tetapi ini pendapat aku tentang novel nie la.. tapi tak tau la orang lain yang membacanya pulak..