Friday, 5 August 2011

kenangan

 Tetiba teringatkan dia..yang aku panggilnya abah.."pengganti" yang sukar dicari ganti,satu ayat yang keluar dari mulut ku…,mungkin terlalu rindu akan padanya...dia yang sekian lama berada dihatiku ini...yang aku sendiri tidak mengetahui tentang kawujudannya.. mungkin ini bernilai bagi aku…

       Aku yang dilahirkan sehingga sekarang...telah wujud seorang insan yang aku memanggilnya abah..yang selalu menemani aku diwaktu kecil malah menghantar aku ke sekolah dan ambik..Namun semua kenangan itu..sudah berlalu apabila dia menghembus nafas terakhirnya di dunia ini.sewaktu dia masih hidup..,aku selalu bertengkar mulut dengannya walaupun perkara kecil..haha..itulah yang dipanggil ikatan antara anak dan bapa.sewaktu muda,sewaktu riwayatnya masih hidup..itulah kenangan @ kehidupan yang paling indah buat aku.. :) apa yang aku mahu,dia akan cuba menunaikannya untuk membuatkan aku gembira..pakaian.permainan.wang mahupun perhiasan diri akan dia tunaikan..satu kenangan yang membuatkan aku terharu padanya..pada hari lahirku..dia telah memberikan aku sebentuk cincin..dia membawa baliknya dan memberikan kepadaku..saat itu betapa gembiranya aku..walaupun sebentuk cincin yang tiada nilai harga emas..tapi itu sudah cukup bermakna bagiku..namun sikap pemarahnya yang sukar dibuang..telah membuatkan aku dekat dengannya..

          Satu tarikh yang menentukan permulaan @ pengakhiran bagi seorang bapa yang menghidapi penyakit kanser..,malah ini juga menunjukkan dia kuat dalam menghadapi dugaan ini..Namun ada juga yang terpaksa akur dengan takdir yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada diri umatnya..kesakitan yang dialami olehnya sukar dituturkan dari mulut mahupun perkataan..namun kita dapat melihat dari raut wajahnya yang sedih menanggung penderitaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.Isteri dan anak-anak sedaya upaya mencari jalan penyelesaiannya dan ikhtiar untuk mengubati penyakitnya melalui kaedah moden mahupun tradisional..namun semuanya tiada penghujungnya..

           Mungkin tubuh badannya tidak mampu untuk bertahan dan redha dengan ketentuan yang diberikan.Oleh itu,satu tarikh,masa,hari telah ditetapkan dalam kamus hidupnya dimana abah terpaksa menghembus nafas terakhirnya didepan isteri tercintanya dan anak-anak yang disayanginya..masa berhenti dan dituruti dengan suasana yang tiba-tiba menjadi hangat..dimana satu jasad telah ditinggalkan oleh rohnya buat kali terakhirnya..

           Tiba-tiba titisan air mata keluar dari mata isterinya yang tidak mampu untuk menahannya..sukar untuk menyekat agar tidak mengalir..namun air mata itu membasahi pipi yang redup..Tangisan itu telah mengejutkan suasana diwaktu itu..Namun ada juga yang akur dengan takdir  yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada orang yang disayanginya sehinggakan tidak mampu untuk mengeluarkan air mata..

        Alunan surah yasin..yang dibaca oleh salah seorang dari anak lelakinya itu...alunan itu telah menemani suasana pada masa itu..tiba-tiba..,salam dari luar rumah mengejutkan aku..,orang-orang luar semakin ramai memenuhi sudut ruangan didalam rumah itu..sanak-saudara,jiran dan teman-teman seperjuangan di pejabatnnya turut hadir untuk mengucap salam takziah pada isterinya.... 

          Bagi kami..,ini adalah satu permulaan hidup baru bagi kami..walaupun tunjang akar sudah tiada disisi kami..semua keputusan akan menjadi tanggungjawab isterinya..tarikh penting aku ingat selalu..mungkin ini satu ujian Allah s.w.t kepada kami..tentang kehidupan.. Alhamdulilah..amin..    

No comments:

Post a Comment